My Online Diaries
Anneonghaseyo!

Annyeonghaseyo and Konnichiwa, earthlings! I'm already married to Luhan so don't you dare laid your eyes on him! JKJK. Follow me and I'll follow back! ^^


Entries About Linkies Stuff


Big Clap

Template: MinJungChan
Basecodes: Yaya
Edited : Syasya
Others:   


♥ Capital F ♥








Maafkan saya kerana telah melukakan hati awak. Saya sedar, sepanjang perhubungan kita dahulu, awak sering terluka disebabkan saya samada dari segi perilaku saya atau pertuturan saya. Tetapi, awak diam. Awak tak cakap.

Semua pergaduhan yang kita lalui itu berpunca dari saya sendiri. Saya yang mulakan dulu. Tapi, awak yang mengalah. Awak yang meminta maaf. Pergaduhan kita berlaku disebabkan sikap cemburu saya yang terlalu tinggi. Awak, saya harap awak tahu, saya rindu sangat2 kat awak.




Sejujur-jujurnya, sehingga sekarang saya masih mencintai awak. Saya benar2 menyesal atas kesilapan saya yang suka bertindak melulu tanpa mendengar alasan dari awak. Capital F, saya sangat merindui awak sekarang. Saya rindu nak chat dengan awak. Saya rindu nak bergurau dengan awak sama seperti dulu. Setiap kali saya ternampak awak online, saya teringin sangat2 nak tegur awak. Tapi saya takut. Saya tak punyai keberanian setinggi gunung untuk tegur awak. Saya takut awak tak balas. Saya takut awak masih marah kat saya. Awak, saya harap awak tahu, saya rindu sangat2 kat awak.




Saya teringin sangat2 kita bersama seperti dulu, tetapi apakan daya. Saya tahu, semua itu pasti tak akan terjadi kerana mungkin sekarang awak dah ada orang lain atau masih marah kat saya. Capital F, setiap kali saya terdengar lagu kegemaran awak atau tengok gambar2 awak , air mata saya menitis. Awak, saya harap awak tahu, saya rindu sangat2 kat awak.



Untuk pengetahuan awak, ramai kawan2 menasihati saya supaya melupakan awak. Tapi, susah sangat. Susah sangat saya nak melupakan awak. Susah sangat saya nak melupakan kenangan2 kita yang tercipta selama hampir 1 tahun ni. Awak, saya harap awak tahu, saya rindu sangat2 kat awak.



Sekarang, tanpa awak di sisi saya, kehidupan saya sunyi sepi. Kosong sangat. Kalau dulu, awak selalu menemani saya dengan chat awak. Tapi sekarang, hanya air mata yang menemani saya tiap2 malam. Saya menyesal sangat2.. Dulu, saya berharap sangat hubungan kita dapat bertahan lama, tapi sebab kebodohan saya sendiri, akhirnya saya juga yang merana. Andai dapat saya undurkan masa, saya teringin sangat melakukannya kerana saya masih lagi ingin bersama awak. Awak, saya harap awak tahu, saya rindu sangat2 kat awak.




Saya masih lagi menunggu awak di sini. Saya menanti kehadiran awak. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi. Just you , you and you, Capital F. No other person that can replace you. Just you only . Awak, saya harap awak tahu, saya rindu sangat2 kat awak .



Maafkan saya. Saya tahu, saya tak sepatutnya cakap semua ni kat blog ni. Tapi, inilah satu-satunya cara untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya selama ini. Awak, saya harap awak tahu, saya rindu sangat2 kat awak.





Awak, saya harap awak tahu, saya rindu dan cinta sangat2 kat awak
.
Saya harap awak tekan semua tulisan yang bewarna pink yang tertulis Capital F dan My Capital F



0 cutie(s)